TERMA & SYARAT

Dengan membuat tempahan dan menyertai program Glamping Emas, pelanggan bersetuju untuk mematuhi terma dan syarat berikut:

1. TEMPAHAN & PEMBAYARAN

  • Semua tempahan tertakluk kepada ketersediaan slot.
  • Bayaran penuh atau deposit yang ditetapkan perlu dibuat bagi mengesahkan tempahan.
  • Bayaran tidak akan dipulangkan kecuali dinyatakan sebaliknya dalam polisi pembatalan.

2. POLISI PEMBATALAN

  • Pembatalan oleh pelanggan:

a) 14 hari sebelum tarikh program: Layak pertimbangan pemulangan sebahagian bayaran.

b) Kurang 14 hari: Tiada pemulangan bayaran.

  • Pihak pengurusan berhak menunda atau membatalkan program atas faktor cuaca, keselamatan atau keadaan luar jangka. Bayaran akan dijadual semula atau dipulangkan mengikut kes.

3. KELAYAKAN PENYERTAAN

  • Peserta mestilah berumur 12 tahun ke atas untuk menyertai aktiviti Glamping Emas.

  • Peserta bawah umur 18 tahun mesti ditemani ibu bapa atau penjaga.

  • Peserta perlu berada dalam keadaan kesihatan yang baik sebelum menyertai program.

4. KESIHATAN & KESELAMATAN

  • Peserta wajib mematuhi semua arahan keselamatan semasa aktiviti mendulang emas dan aktiviti luar.
  • Sebarang kegagalan mematuhi arahan keselamatan adalah di bawah tanggungjawab peserta sendiri.

5. TANGGUNGJAWAB PESERTA

  • Peserta bertanggungjawab menjaga kebersihan kawasan glamping.

  • Sebarang kerosakan terhadap peralatan atau kemudahan akibat kecuaian akan dikenakan bayaran gantian.

  • Peserta dilarang membawa bahan terlarang, alkohol atau dadah.

6. AKTIVITI MENDULANG EMAS

    • Aktiviti mendulang emas adalah pengalaman rekreasi dan pendidikan.
    • Sebarang emas yang berjaya diperoleh adalah milik peserta tertakluk kepada peraturan operasi tapak.

    • Hasil dulang setiap peserta berbeza dan tidak dijamin.

7. RISIKO, LIABILITI & PERLINDUNGAN INSURANS

    • Peserta menyertai aktiviti luar dan mendulang emas yang mempunyai risiko semulajadi persekitaran.

    • Pihak Glamping Emas menyediakan perlindungan insurans berkelompok untuk peserta bagi meliputi kemalangan dan penyakit sepanjang tempoh program.

    • Walau bagaimanapun, pihak Glamping Emas tidak bertanggungjawab terhadap kehilangan harta peribadi peserta.

    • Peserta dinasihatkan menjaga keselamatan diri dan barangan masing-masing.

8. PENGGUNAAN MEDIA

    • Pihak pengurusan berhak mengambil gambar dan video sepanjang program.
    • Bahan media boleh digunakan untuk tujuan promosi kecuali peserta memohon pengecualian bertulis.

9. PERUBAHAN TERMA

    • Pihak Glamping Emas berhak mengubah terma dan syarat dari semasa ke semasa tanpa notis awal.

10. NOTA PERSETUJUAN

    • Dengan meneruskan tempahan, pelanggan dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju dengan semua Terma & Syarat Glamping Emas.